Sukacitanya Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membuka permohonan kepada calon-calon yang berkelayakan bagi memohon Program Biasiswa Profesional Perakaunan (BPP).
Program BPP adalah program biasiswa tajaan dalam membantu asnaf di negeri Kelantan yang berkelayakan dalam memperoleh pendidikan profesional untuk mereka gunakan dalam mencari pekerjaan dan keluar daripada kelompok kemiskinan.
Objektif lain program ini adalah membantu meningkatkan bilangan profesional dalam bidang perakaunan daripada kalangan bangsa Melayu terutamanya dari rakyat Kelantan.
Tempoh Permohonan
Permohonan Program Biasiswa Profesional Perakaunan (BPP) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dibuka 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝟭𝟯 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟯 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟮𝟴 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟯.
Syarat-Syarat Umum
- Terbuka kepada semua lepasan SPM
- Warganegara Malaysia yang lahir dan bermastautin tetap di Kelantan
- Terdiri dari golongan asnaf yang layak menerima zakat
- Melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK
- Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain
- Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan
Syarat-Syarat Khusus Calon (Kelayakan Akademik)
- Lulus Certified Accounting Technicion (CAT/ACCA Foundation in Accountact (ACCAFIA) atau lulus Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perakaunan dengan minimum PNGK 3.00
- Maksimum tempoh pengajian adalah terhad kepada 4 tahun sahaja
Bidang Pengajian
- The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) (1-4 tahun)
Cara Permohonan
Permohonan Program Biasiswa Profesional Perakaunan (BPP) MAIK boleh dibuat melalui kaedah berikut;
- Secara atas talian (http://eagihan.e-maik.my)
- Perkhidmatan KIOSK dan mesin pengimbas disediakan di aras bawah Unit Agihan Zakat MAIK dan seluruh Masjid Bandar Negeri Kelantan di bawah kod 21121 – Program Pengajian Asnaf Lepasan SPM (PPALS)
Info Lanjut dan Pertanyaan
Sebarang info lanjut dan pertanyaan mengenai Biasiswa ini, sila hubungi melalui maklumat berikut;
- Laman web: https://www.e-maik.my/
- Facebook: https://www.facebook.com/maikkelantanofficial
- Instagram: https://www.instagram.com/maikkelantan/
- Twitter: https://twitter.com/MAIKkelantan
- Youtube: https://www.youtube.com/@MAIKkelantanMY
Sumber: Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.