eKasih 2024: Pendaftaran, Semakan Status & Bantuan SARA

Pendaftaran dan Cara Semakan Status eKasih Terkini.

Jika anda pernah mendengar tentang eKasih, mungkin terdapat beberapa pertanyaan yang muncul mengenai apa sebenarnya eKasih ini dan bagaimana ia berkaitan dengan program-program pembasmian kemiskinan di Malaysia. 

Maklumat ini akan menerangkan kepada anda mengenai beberapa maklumat penting tentang eKasih, cara pendaftaran, semakan status serta bagaimana ia berfungsi dalam membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.

Apakah itu eKasih?

eKasih adalah sebuah sistem pangkalan data bersepadu yang diwujudkan di peringkat nasional untuk membantu perancangan, pelaksanaan, dan pemantauan program-program yang berkaitan dengan kemiskinan. 

Sistem data eKasih mengandungi merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional​​ yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

Sistem ini juga menjadi rujukan utama bagi Kementerian dan Agensi ini dalam merancang dan melaksanakan program pembasmian kemiskinan.

eKasih telah dibangunkan secara in-house oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) sebagai tindak balas terhadap keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007. Sistem ini mulai beroperasi penuh pada Jun 2008.

Adakah eKasih Program Bantuan Kerajaan?

eKasih bukanlah program bantuan namun ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar. 

Data eKasih digunakan oleh kementerian/agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.

Sebagai contoh Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di bawah KPKT menggunakan data eKasih bagi mengurangkan beban tanggungan keluarga miskin di bandar.

Perbezaan Antara eKasih dan MyKasih

Jangan keliru antara eKasih dan MyKasih.

eKasih dan MyKasih merupakan dua entiti yang berbeza.

eKasih adalah sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin.

Manakala MyKasih merupakan program bantuan pembasmian kemiskinan miskin tegar.

Contoh program bantuan MyKasih sekarang adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas (Januari – Disember 2024) dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

[TERKINI] Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024 bakal dilaksana secara berperingkat bermula 22 Januari 2024, menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Bantuan barangan keperluan tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100/RM50 setiap bulan mengikut kategori bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Siapa Yang Boleh Mendaftar eKasih?

Individu atau golongan yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa boleh mendaftar dalam sistem eKasih. 

Maksud Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Per Kapita Sesebuah Isi Rumah

Pendapatan per kapita ialah jumlah pendapatan bulanan semua ahli isi rumah dalam sesuatu tempat kediaman dan dibahagikan dengan bilangan ahli isi rumah tersebut.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Semasa Yang Digunakan

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) setiap dua (2) tahun sekali. PGK semasa (tahun 2019) adalah seperti berikut:

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Semasa 2019

Cara Pendaftaran eKasih

Individu yang ingin membuat pendaftaran eKasih boleh merujuk kepada Pejabat Pembangunan Negeri (PPN), Pejabat Daerah, atau melalui komunikasi telefon, surat, e-mel rasmi, laporan, atau mendaftar melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

Nombor Telefon Pejabat Pembangunan Negeri (PPN)

Syarat-syarat Kelayakan Pendaftaran eKasih

  1. Golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
  2. Warganegara.
  3. Golongan yang tidak berada dalam kawasan perkampungan Orang Asli, kawasan FELDA dan kawasan estet/ladang yang mempunyai pentadbiran sendiri

Semakan Status eKasih 2024

Bagi mengetahui sama ada nama anda tersenarai dalam data eKasih, semakan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut;

https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx

  • Masukkan nombor kad pengenalan (tanpa – ) contoh 850101012221
  • Klik untuk carian

Mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat berikut;

  1. Nama
  2. KIR / AIR
  3. Nama KIR
  4. Status Daftar
  5. Negeri
  6. Daerah
Maklumat Ketua Isi Rumah (KIR) data ekasih

Untuk semakan ekasih bagi ahli isi rumah (AIR) iaitu sama ada isteri atau anak, boleh juga nombor kad pengenalan mereka bagi mengetahui status ekasih.

Maklumat yang dipaparkan bagi ahli isi rumah (AIR) iaitu anak atau isteri adalah sebagaimana contoh di bawah:

Maklumat Ahli Isi Rumah (KIR) data ekasih

Anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian/Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

Proses Pengesahan dan Penyaluran Bantuan

Individu yang telah buat pendaftaran dalam eKasih akan menjalani proses pengesahan untuk memastikan kelayakan mereka. 

Keputusan mengenai penyaluran bantuan dan tempoh bantuan akan bergantung kepada kebijakan agensi pemberi bantuan, dengan mempertimbangkan profil kemiskinan dan Pendapatan Garis Kemiskinan semasa.

Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih

Semakan Bantuan RM1200/RM600 MyKasih (Bantuan SARA)

Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima RM1200/RM600 bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa), semakan secara online boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut;

  • Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/
  • Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
  • Langkah 3 – masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang tertera
  • Langkah 4 – Klik SEMAK STATUS

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula dan program berakhir
Semakan MyKasih 2024 Status Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

Senarai Kedai Untuk Pembelian

Penerima yang layak boleh menggunakan MyKad bagi pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya / kedai runcit terpilih seluruh negara.

Untuk makluman, MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh disemak melalui pautan berikut: senarai pasar raya / kedai runcit terlibat.

Jenis Barangan Yang Boleh Dibeli

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu;

  1. Beras, 
  2. Roti, 
  3. Telur, 
  4. Minyak masak, 
  5. Tepung, 
  6. Biskut,
  7. Mi segera, 
  8. Minuman, 
  9. Makanan dalam tin dan
  10.  Bahan perasa. 
  11. Produk kebersihan,
  12. Ubat-ubatan
  13. Barangan persekolahan.

Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan keperluan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:

Senarai Barangan yang boleh dibeli untuk Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

Cara Pembelian di Kedai

Kaedah pembelian barangan makanan asas adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Tukar Nombor Pin: Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin yang baru.
  4. Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Anda juga boleh merujuk video panduan berikut untuk rujukan;

Info dan Maklumat Lanjut

Sebarang info lanjut mengenai eKasih boleh rujuk laman portal berikut;

https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut adalah beberapa soalan lazim mengenai eKasih yang meliputi cara pendaftaran, syarat kelayakan dan cara semakan status;

Aoakah eKasih?

eKasih adalah sebuah sistem pangkalan data bersepadu yang diwujudkan di peringkat nasional untuk membantu perancangan, pelaksanaan, dan pemantauan program-program yang berkaitan dengan kemiskinan. 

Adakah eKasih program bantuan Kerajaan?

eKasih bukanlah program, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar. Data eKasih digunakan oleh kementerian/agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.

Siapakah yang boleh buat pendaftaran eKasih?

Golongan yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa boleh mendaftar.
 

Apakah syarat kelayakan pendaftaran eKasih?

1) Golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
2) Warganegara.
3) Golongan yang tidak berada dalam kawasan perkampungan Orang Asli, kawasan FELDA dan kawasan estet/ladang yang mempunyai pentadbiran sendiri

Bagaimana cara mendaftar eKasih?

Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN). Bergantung kepada syarat pemohonan pendaftaran eKasih.

Bagaimana cara semakan status terkini eKasih?

https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus

Scroll to Top