Bantuan JKM: Tarikh Bayaran Kewangan Bulan Januari 2024

Bayaran bagi Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bulan Januari 2024 akan dikreditkan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan. Untuk makluman, pembayaran bantuan ini adalah berbeza mengikut negeri masing-masing bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan kepada setiap penerima. Ini kerana pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / … Read more

Kemaskini PADU 2024: Update Maklumat Pangkalan Data Utama

Pendaftaran dan kemaskini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kini boleh dibuat sama ada secara dalam talian mahupun melalui kaunter PADU yang dibuka. Salah satu kepentingan mendaftar PADU adalah bagi memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem PADU. PADU juga berperanan untuk memastikan … Read more

Permohonan Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK 2024

Sukacitanya Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membuka permohonan kepada calon-calon yang berkelayakan bagi memohon Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK bagi Tahun 2024. Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) (dahulu dikenali sebagai Bantuan Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara) merupakan antara dana zakat MAIK yang bertujuan membantu meringankan beban golongan asnaf melanjutkan pengajian … Read more

Permohonan Bantuan IPTA Yayasan LTAT Sesi 2023 / 2024

Permohonan Bantuan IPTA oleh Yayasan LTAT kini dibuka kepada anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berjaya melanjutkan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pertama ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2023/2024. Yayasan LTAT ditubuhkan pada 26 April 2000 oleh Syarikat Kumpulan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (“Kumpulan LTAT”) yang diterajui oleh Boustead Holdings Berhad (“BHB”) … Read more

Permohonan Tanam Getah Secara Percuma 2024 RISDA

Permohonan Tanam Getah SECARA PERCUMA Tahun 2024 Telah Dibuka! Anda mempunyai tanah / kebun getah tua yang tidak ekonomik? Anda mempunyai tanah terbiar yang tidak diusahakan? Anda tidak mempunyai modal untuk di laburkan pada tanah anda? Jangan risau kerana ada bantuan Tanam Getah SECARA PERCUMA untuk anda. Pengenalan Program Tanam Semula Getah (TSG) Semasa Program … Read more

PADU: Pendaftaran, Semakan & Kemaskini Pangkalan Data Utama

Susulan pemansuhan pengelasan kumpulan B40, M40 dan T20, kerajaan membangunkan Pangkalan Data Utama (PADU) bagi membolehkan penyampaian bantuan, termasuk subsidi bersasar serta pembentukan dasar yang lebih berkesan serta adil. Kewujudan PADU ini selanjutnya membolehkan kerajaan beralih dari pendekatan B40-M40-T20 dalam menilai kelayakan penerima bantuan kepada pendekatan yang lebih bersasar dan adil untuk mengelakkan keciciran (mereka … Read more

Cara Pengiraan Dividen & Bonus ASB 2023 Bagi Kiraan 5.25%

Ramai yang ingin tahu bagaimana pengiraan dividen dan bonus ASB 2023 dibuat. Pernah tak kadang-kadang kita terfikir dah melabur RM10,000, dividen yang diumumkan adalah 5.25%. Jadi sepatutnya dapat RM525 lah. Tapi kenapa dapat RM209.75 je dividen? Jawapan awal: Pengiraan dividen ASB diambil kira berdasarkan baki terendah setiap bulan. Tarikh Semakan Mulai 1 Jan 2024, semua … Read more

Bantuan SARA 2024: Semakan Status MyKasih (RM100 Sebulan)

Semakan MyKasih: Status Terkini Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) Untuk Bantuan Dapur RM1200. Lebih 700,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kategori miskin tegar dan miskin berdasarkan data e-Kasih bakal menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) mulai Isnin, 22 Januari 2024 berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam … Read more

Sumbangan Asas Rahmah SARA 2024: Bantuan MyKasih RM1200

[TERKINI] Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024 yang bakal dilaksana secara berperingkat bermula 22 Januari 2024, menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI. Untuk tahun ini, Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan … Read more

Semakan Dividen ASB 2024: Bagi Tahun Kewangan 2023

Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), semakan dividen ASB 2023 melalui myASNB boleh dibuat bermula 1 Januari 2024. Sebelum ini ASNB mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang lebih baik bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023. Jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit meliputi pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit … Read more