Senarai Program Pendidikan MRSM & Aliran Di Seluruh Malaysia

Senarai Program Sistem  Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Syarat-syarat Kemasukan ke Program

Sukacitanya Permohonan Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 dan 4 2023 dibuka mulai 1 September 2022 hingga 4 November 2022. Pautan permohonan mula dibuka pada jam 10.00 pagi.

Permohonan kemasukan ke MRSM bagi tahun 2023 hendaklah dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut;

https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

Bagi ibu bapa atau calon yang ingin mengetahui aliran pendidikan di bawah MRSM ini, kami kongsikan senarai program Sistem Pendidikan MRSM sebagai rujukan.

Senarai Program Sistem Pendidikan MRSM

Terdapat enam program yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dilaksanakan di Maktab Rendah Sains MARA seperti berikut:

MRSM Program Premier (Tingkatan 1 dan 4)

MRSM Program Premier menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. 

Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah

Lokasi

Berikut merupakan Maktab yang menyediakan Program Premier MRSM (Tingkatan 1 & 4)

  • MRSM BATU PAHAT, JOHOR
  • MRSM MERSING, JOHOR
  • MRSM MUAR, JOHOR
  • MRSM BALING, KEDAH
  • MRSM MERBOK, KEDAH
  • MRSM PDRM KULIM, KEDAH
  • MRSM PENDANG, KEDAH
  • MRSM JELL, KELANTAN
  • MRSM KUALA KRAI, KELANTAN
  • MRSM PASIR TUMBOH, KELANTAN
  • MRSM TERENDAK, MELAKA
  • MRSM SERTING, NEGERI SEMBILAN
  • MRSM MUADZAM SHAH, PAHANG 
  • MRSM TUN GHAZALI SHAFIE, PAHANG
  • MRSM ARAU, PERLIS
  • MRSM BESERI, PERLIS
  • MRSM GERIK, PERAK
  • MRSM LENGGONG, PERAK 
  • MRSM PASIR SALAK, PERAK
  • MRSM PENGKALAN HULU, PERAK
  • MRSM SULTAN AZLAN SHAH, PERAK
  • MRSM TRANSKRIAN, PULAU PINANG
  • MRSM BETONG, SARAWAK
  • MRSM KUCHING, SARAWAK
  • MRSM MUKAH, SARAWAK 
  • MRSM KOTA KINABALU, SABAH
  • MRSM TUN MUSTAPHA, SABAH
  • MRSM BESUT, TERENGGANU
  • MRSM KUALA BERANG, TERENGGANU 
  • MRSM KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

Syarat Kemasukan Program Premier

  • Calon warganegara Malaysia 
  • Ibu dan/atau bapa ialah warganegara Malaysia
  • Calon boleh memohon online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  • Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
  • Calon lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023 atau lahir pada  2 Januari 2007 hingga 1 Januari 2008 bagi calon Tingkatan 4 2023 
  • Ibu bapa/penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) olah MARA
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi ayat-syarat yang ditetapkan
MRSM Program Premier (Tingkatan 1 dan 4)

MRSM Program IGCSE (Tingkatan 1)

MRSM Program International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan, kurikulum khas MRSM berteraskan STEM dan Kurikulum Cambridge IGCSE yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. 

Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mengikuti kurikulum antarabangsa seawal umur 13 tahun lagi. Cambridge Syllabus merupakan kurikulum yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf British GCSE dan International GCE O Level.

Integrasi kurikulum ini akan memberikan nilai tambah (value add) kepada pengalaman pembelajaran pelajar. Pelajar akan menduduki Cambridge IGCSE pada akhir tahun tingkatan 4 dan SPM semasa tingkatan 5.

Lokasi

Berikut merupakan Maktab yang menyediakan Program IGCSE MRSM (Tingkatan 1)

  • MRSM JOHOR BAHRU, JOHOR
  • MRSM KUBANG PASU, KEDAH
  • MRSM LANGKAWI, KEDAH
  • MRSM TUMPAT, KELANTAN
  • MRSM ALOR GAJAH, MELAKA
  • MRSM KUALA KLAWANG, NEGERI SEMBILAN
  • MRSM KUANTAN, PAHANG
  • MRSM TUN ABDUL RAZAK, PAHANG
  • MRSM PARIT, PERAK
  • MRSM KOTA KINABALU, SABAH
  • MRSM KUCHING, SARAWAK
  • MRSM KUALA KUBU BHARU, SELANGOR

Syarat Kemasukan Program IGCSE

  • Calon warganegara Malaysia 
  • Ibu dan/atau bapa ialah warganegara Malaysia
  • Calon boleh memohon online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  • Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
  • Calon lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023 
  • Ibu bapa/penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) olah MARA
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi ayat-syarat yang ditetapkan
MRSM Program IGCSE (Tingkatan 1)

MRSM Program Ulul Albab (Tingkatan 1)

Program Ulul Albab menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.

Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program Ulul Albab ialah program nilai tambah termasuk Tahfiz Al-Quran yang bermatlamat untuk melahirkan ahli professional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.

Lokasi

Berikut merupakan Maktab yang menyediakan Program Ulul Albab MRSM (Tingkatan 1);

  • MRSM KOTA PUTRA, TERENGGANU
  • MRSM GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN
  • MRSM KEPALA BATAS, PULAU PINANG
  • MRSM SUNGAI BESAR, SELANGOR
  • MRSM SEMPORNA, SABAH
  • MRSM ATM BERA, PAHANG
  • MRSM BAGAN DATUK, PERAK
  • MRSM FELDA TROLAK, PERAK

Syarat Kemasukan Program Ulul Albab

  • Calon warganegara Malaysia 
  • Ibu dan/atau bapa ialah warganegara Malaysia
  • Calon boleh memohon online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan Ujian Khas Ulul Albab
  • Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
  • Calon lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023 
  • Ibu bapa/penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi ayat-syarat yang ditetapkan
MRSM Program Ulul Albab (Tingkatan 1)

MRSM Program Teknikal (Tingkatan 1)

MRSM Program Teknikal menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. 

Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah. 

Program Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan seperti ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal dan Internet of Things (IoT) yang bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Pada peringkat Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, pelajar perlu mengambil subjek Lukisan Kejuruteraan sebagai subjek elektif pilihan wajib.

Lokasi

Berikut merupakan Maktab yang menyediakan Program Teknikal MRSM (Tingkatan 1);

  • MRSM BENTONG, PAHANG

Syarat Kemasukan Program Teknikal

  • Calon warganegara Malaysia 
  • Ibu dan/atau bapa ialah warganegara Malaysia
  • Calon boleh memohon online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan Ujian Teknikal
  • Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
  • Calon lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023 
  • Ibu bapa/penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi ayat-syarat yang ditetapkan
MRSM Program Teknikal (Tingkatan 1)

MRSM Program IB-MYP (Tingkatan 1)

MRSM Program IB-MYP menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM dengan mengintegrasikan kurikulum International Baccalaureate-Middle Year Programme yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. 

Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah

Program IB-MYP dapat melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri ingin tahu (inquires). berfikiran terbuka (open-minded), berpengetahuan (knowledgeable), pemikir (thinkers), mempunyai kemahiran berkomunikasi (communicators), mempunyai prinsip (principled), penyayang (caring), berani mengambil risiko (risk taker), seimbang (balance) dan reflektif (reflective).

Lokasi

Berikut merupakan Maktab yang menyediakan Program IB-MYP MRSM (Tingkatan 1);

  • MRSM TUN DR ISMAIL, JOHOR
  • MRSM BALIK PULAU, PULAU PINANG 
  • MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS, SANDAKAN SABAH

Syarat Kemasukan MRSM IB-MYP

  • Calon warganegara Malaysia 
  • Ibu dan/atau bapa ialah warganegara Malaysia
  • Calon boleh memohon online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  • Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
  • Calon lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023 
  • Ibu bapa/penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi ayat-syarat yang ditetapkan
MRSM Program IB-MYP (Tingkatan 1)

MRSM Program Bitara (Tingkatan 4)

MRSM Program Bitara menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. 

Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

MRSM Program Bitara menawarkan pendidikan kepada pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar (gifted & talented).

Program Bitara melaksanakan modifikasi kurikulum melalui pendekatan pemadatan, pelebaran dan pedalaman (compacting, breadth and depth) bagi melahirkan pelajar yang mempamerkan perlakuan bestari (gifted behavior).

Lokasi

Berikut merupakan Maktab yang menyediakan Program Bitara (Tingkatan 4);

  • MRSM TAIPING, PERAK
  • MRSM TUN GHAFAR BABA, MELAKA 
  • MRSM PENGKALAN CHEPA, KELANTAN

Syarat Kemasukan Program Bitara

  • Calon warganegara Malaysia 
  • Ibu dan/atau bapa ialah warganegara Malaysia
  • Calon boleh memohon online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  • Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
  • Calon lahir pada 2 Januari 2007 hingga 1 Januari 2008 bagi calon Tingkatan 4 2023 
  • Ibu bapa/penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi ayat-syarat yang ditetapkan
MRSM Program Bitara (Tingkatan 4)

Sumber: Buku Sistem Pendidikan MRSM

Scroll to Top