Terlupa Password STR: Ini Cara Dapatkan Kembali Kata Laluan

Ramai yang tidak dapat semak status terkini di portal MySTR kerana terlupa kata laluan (password) semasa ingin log masuk portal STR.

Jadi apa tindakan yang perlu dilakukan sekiranya terlupa password dan tidak dapat login portal STR?

Bagaimana Cara Semakan Status STR Fasa 4 2023?

Semakan status STR boleh dibuat melalui mana-mana kaedah-kaedah berikut;

  1. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM
  2. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
  3. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  4. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

2 Cara Semakan di portal MySTR

Sekiranya anda membuat semakan melalui online di portal MySTR, terdapat 2 cara untuk semakan iaitu;

  1. https://bantuantunai.hasil.gov.my 
  2. https://bantuantunai2023.hasil.gov.my/ 

Cara Pertama

Klik sini untuk semakan status STR Fasa 4
  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Pada bahagian atas laman web, tekan butang yang tertulis STR 2023 (rujuk gambar atas)
  • Masukkan nombor MyKad kemudian klik Log Masuk MySTR
  • Klik semak kemudian pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan dan log masuk.
  • Klik Semakan Permohonan

Pemohon yang layak akan menerima status permohonan “LULUS” beserta amaun kelulusan asas STR dan juga jumlah yang telah dibayar sebagaimana berikut;

Maklumat status dan bayaran STR fasa 4

Bagi yang layak STR fasa 4, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;

  1. Tarikh Kredit
  2. No.Pengenalan Akaun Dikredit
  3. Nama Fasa
  4. Jumlah Dikredit
  5. Status Kredit
  6. Nama Bank
  7. No Akaun
  8. Kod Tidak Berjaya
  9. Tarikh Tunai

Cara Kedua

  • Layari link baru MySTR iaitu https://bantuantunai2023.hasil.gov.my/ 
  • Masukkan nombor MyKad kemudian klik Log Masuk MySTR
  • Klik semak kemudian pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan dan log masuk.
  • Klik Semakan Permohonan

Maklumat yang sama akan keluar sebagaimana yang ditunjukkan di atas sebelum ini.

Terlupa Kata Laluan (Password) STR dan Tak Boleh Login

Klik Sini Terlupa Password STR

Untuk makluman, kata laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat yang anda masukkan sebelum ini.

Sekiranya terlupa password STR, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut;

> Klik terlupa kata laluan (rujuk gambar di atas)

> Klik semakan

  1. Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan STR 2023;
    • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan STR dan klik seterusnya
    • Kata laluan sementara akan diemelkan pada emel yang didaftarkan
    • Semak e-mel dan log masuk semula MySTR
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
    • Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu
  2. Tidak mempunyai e-mel /e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada STR 2023 / e-mel tidak sah
    • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
    • Sahkan kata kunci keselamatan
    • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.
    • Masukkan Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan

Sekiranya masih kurang jelas, sila lihat Panduan Pengguna STR bagi yang Terlupa Kata Laluan di bawah;

  • Panduan Pengguna STR Terlupa Kata Laluan_page-0001
  • Panduan Pengguna STR Terlupa Kata Laluan_page-0001
  • Panduan Pengguna STR Terlupa Kata Laluan_page-0001
  • Panduan Pengguna STR Terlupa Kata Laluan_page-0001
  • Panduan Pengguna STR Terlupa Kata Laluan_page-0001

Untuk makluman, sekiranya anda tersilap menjawab kata laluan setelah 3 kali percubaan diberikan. ID permohonan akan disekat. 

Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MySTR dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline BKK 1-800-88-2747 atau hadir ke Pejabat HASiL sebagaimana jadual perkhidmatan STR yang diterangkan di bawah.

Jadual Perkhidmatan Kaunter  Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024) 

Berikut adalah jadual pembukaan kaunter Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation centre (UTC) mulai 01 November 2023.

Lokasi / TalianWaktu Operasi
Pejabat HASiL termasuk Pejabat Satelit (PS) (Semenanjung / Sabah / Sarawak)8.00 pagi – 5.00 petang(Berdasarkan Hari Berkerja di setiap Negeri)
Kaunter Setempat HASiL Pusat Transfomasi Bandar (UTC)(Semenanjung / Sabah / Sarawak)(Berdasarkan Waktu Kaunter Setempat UTC HASiL)
Hasil Care Line(1-800-88-2747)9.00 Pagi – 5.00 Petang(Isnin – Jumaat)
Lokasi Luar Pejabat (Kaunter Luar)Tertakluk kepada Atur Cara Program Jemputan Kaunter Luar

Nota:

  1. Lokaliti / Pejabat Satelit (PS) di Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, waktu operasi Kaunter STR pada hari Khamis adalah sehingga jam 3.30 petang.
  2. Kaunter STR tidak dibuka pada Cuti Hujung Minggu, Cuti Umum dan Cuti Negeri (bagi Negeri yang terlibat) *tertakluk kepada pindaan
  3. Bagi Kaunter STR yang tidak beroperasi pada tarikh di atas, notis pemakluman kepada umum akan dipamerkan di LHDNM / Pejabat Satelit (PS) berkenaan.
  4. Waktu pembukaan Kaunter STR adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Kemaskini STR 2024

Kemaskini maklumat STR 2024 kini dibuka kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah bagi tujuan kemaskini maklumat asas yang meliputi maklumat berikut;

  1. Maklumat asas pemohon seperti;
    • Nombor telefon bimbit
    • Pekerjaan 
    • Pendapatan Kasar  Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan)
    • Status Perkahwinan
    • Alamat terkini
    • Nama Bank
    • No Akaun Bank
    • Alamat email
  2. Maklumat pasangan
  3. Maklumat anak
  4. Maklumat wakil

Siapa Yang Perlu Kemaskini?

Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:

  1. Permohonan yang tidak dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 kecuali warga emas dan pedalaman Sabah / Sarawak.
  2. Penerima STR 2023 yang mempunyai perubahan maklumat.

Penerima STR 2023 yang tiada sebarang perubahan maklumat, tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat

Walau Bagaimanapun sekiranya anda tidak membuat kemas kini, permohonan STR anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada sebelum ini.

Maklumat penting Kemas kini dan Permohonan baharu STR 2024

Kaedah Kemas Kini Maklumat

Kemas kini maklumat Permohonan STR boleh dibuat seperti berikut:

  1. Secara dalam talian di Portal Rasmi STR Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), https://bantuantunai.hasil.gov.my  ; atau
  2. Penghantaran borang kemas kini maklumat Permohonan STR 2024 di LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation centre (UTC) yang berhampiran

Anda digalakkan untuk membuat kemas kini maklumat secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat. 

Jadual Permohonan dan Kemaskini STR 2024

Permohonan Baharu STR 2024

Permohonan baharu STR juga turut dibuka mulai 1 November 2023.

STR 2024 juga akan mengambil pendekatan berbeza iaitu Kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Kaedah pelaksanaan Permohonan STR secara sepanjang tahun adalah seperti jadual di bawah:

BilTarikh Penghantaran Borang Permohonan(Dalam Talian dan Borang Kertas)Tarikh Pembayaran
1.1 November 2023 – 30 November 2023Februari 2024
2.1 Disember 2023 – 29 Februari 2024April 2024
3.1 Mac 2024 – 30 Jun 2024Ogos 2024
4.1 Julai 2024 – 30 September 2024November 2024

Siapakah Yang Layak Membuat Permohonan STR 2024?

Pemohon layak memohon STR 2024 sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

A. Isi Rumah

  1. Kahwin; atau
  2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

B. Warga Emas Tiada Pasangan

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  2. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  3. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

C. Bujang

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  2. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  3. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  4. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
  5. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Cara Membuat Permohonan STR 

2 kaedah permohonan STR yang boleh dibuat iaitu;

  1. Permohonan Secara Dalam Talian
  2. Permohonan Melalui Borang

Pemohon boleh hadir ke;

  1. Pejabat Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)
  2. Pejabat Satelit HASiL
  3. Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL

Borang permohonan boleh dicetak oleh pemohon melalui laman Portal Rasmi STR berikut;

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut adalah beberapa soalan lazim tindakan dan perkara yang perlu dilakukan sekiranya terlupa password STR;

Bagaimana cara untuk Tukar Kata Password Di Laman Portal STR?

Anda perlu Log Masuk MySTR terlebih dahulu menggunakan kata laluan sedia ada dan klik menu Tukar Kata Laluan.
a.      Masukkan Kata Laluan Semasa / Lama
b.      Masukkan Kata Laluan Baharu
c.       Sahkan Kata Laluan Baharu
d.      Klik Tukar
Kata Laluan Baharu telah berjaya ditukar. Anda boleh Log Masuk MySTR menggunakan kata laluan baharu.

Saya telah berjaya daftar MySTR, tetapi saya terlupa Kata Laluan semasa Log Masuk MySTR. Apa tindakan yang perlu saya lakukan?

Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
a.      Klik Terlupa Kata Laluan
b. Klik Semak
(lihat panduan lanjut dalam artikel ini)

Saya telah tersilap menjawab soalan keselamatan dan paparan mesej “Anda telah gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 3 kali. Sila cuba semula selepas 24 jam”. Apa yang perlu saya lakukan?

Sekiranya anda tersilap menjawab kata laluan setelah 3 kali percubaan diberikan. ID permohonan akan disekat. Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MySTR dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline BKK 1-800-88-2747 atau hadir ke Pejabat HASiL.

Saya telah tersilap menjawab soalan keselamatan dan paparan mesej “Anda telah gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 3 kali. Sila cuba semula selepas 24 jam”. Jika saya masih lupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan, apakah yang perlu saya lakukan?

Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan, anda boleh menghubungi talian Hotline BKK 1-800-88-2747 atau hadir ke Pejabat HASiL untuk set semula akaun STR. Selepas akaun STR telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MySTR dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.

Scroll to Top