Kerajaan bersetuju melaksanakan Tol Rahmah percuma, pengecualian bayaran tol selama empat hari untuk semua pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tol percuma itu akan bermula dari 19 April 2023 (Rabu) hingga 21 April 2023 (Jumaat).
Selain itu, tol percuma juga akan dilaksanakan pada 24 April 2023 (Isnin).
“Pelaksanaan Tol Rahmah Percuma akan melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan.
“Ikhtiar ini dapat mengurangkan kos bayaran tol bagi rakyat yang akan pulang beraya di kampung halaman masing-masing serta memudahkan perancangan perjalanan balik ke kampung,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Pejabat Perdana Menteri pada Selasa 18 April 2023.
Tempoh Tol Percuma
Pelaksanaan tempoh tol percuma ini adalah selama empat hari bermula untuk semua pengguna jalan raya bersempena Aidilfitri ini bermula dari 19 April 2023 (Rabu) hingga 21 April 2023 (Jumaat) dan juga pada 24 April 2023 (Isnin).
Senarai Tol Percuma
Kelayakan Untuk Menikmati Tol Percuma
Pemberian tol percuma hanya layak pada masa yang ditetapkan mengikut waktu KELUAR dari plaza tol dan tidak mengambil kira waktu masuk di plaza tol.
Sekiranya pengguna lebuh raya menjangka akan keluar di plaza tol yang dikehendaki melebihi masa yang ditetapkan, pengguna dinasihatkan untuk keluar di plaza tol yang terdekat bagi menikmati kadar tol percuma ini.
Rancang perjalanan anda dengan baik, agar anda dapat menikmati tawaran istimewa di lebuh raya yang menawarkan Tol Percuma sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Panduan Menikmati Tol Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri
Bagi menikmati tol percuma ini, berikut adalah panduan bagi menikmati inisiatif ini;
- Di lebuhraya yang menggunakan sistem Tol Tertutup (lazimnya bagi lebuhraya antara bandar), Tol percuma dinikmati ketika pengguna melalui plaza tol keluar sepanjang tempoh yang ditetapkan.
- Bagi membolehkan PLUS merekodkan data trafik, pengguna yang memilih untuk menggunakan kad Touch ‘n Go, mereka masih perlu menyentuh kad Touch ‘n Go mereka di lorong tol di plaza tol. Namun begitu, tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada kad Touch ‘n Go tersebut.
- Sementara itu, pengguna yang memilih untuk menggunakan RFID juga perlu memastikan mereka masuk dan keluar dari lebuhraya menggunakan lorong RFID sahaja. Sepertimana kad Touch ‘n Go dan SmartTAG, tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada eWallet mereka.
- Bagi pengguna kad Touch ‘n Go, mereka dinasihatkan supaya memeriksa status kad Touch ‘n Go sebelum perjalanan mereka dengan Touch ‘n Go Sdn Bhd di http://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login . Ini adalah bagi mengelakkan mereka terkandas di lorong tol yang mengakibatkan kesesakan jika menggunakan kad Touch ‘n Go yang tidak aktif dan telah dinyahaktif. Mereka boleh membuat pertukaran kad baru dengan pihak Touch ‘n Go atau wakilnya yang sah.
Cadangan Waktu Perjalanan Sempena Aidilfitri 2023
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan ANIH Berhad (pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) telah mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan Balik Kampung dan Kembali ke Lembah Klang sempena cuti perayaan Aidilfitri 2023 di Lebuhraya Utara-Selatan, KL-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur pada 19 April hingga 1 Mei 2023.
PLUS menjangkakan sebanyak 2 juta kenderaan bakal menggunakan Lebuhraya PLUS pada hari-hari Puncak pada musim perayaan yang akan datang. Manakala ANIH Berhad menjangkakan lebih 3 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya itu sempena musim perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.
Oleh itu, sila jangkakan kesesakan yang mungkin memanjangkan tempoh perjalanan anda.
Cadangan Waktu Perjalanan PLUS
Cadangan Waktu Perjalanan Pantai Timur
CCTV Trafik Highway Secara Live
Pengguna PLUS juga boleh melihat trafik terkini secara live bagi memantau keadaan lokasi dan lebuhraya bagi merancang perjalanan anda.
Dengan cara ini, dapatlah kita pastikan perjalanan lebih smooth, jimat masa serta tenaga dan tak ‘tersangkut’ berjam-jam di atas jalan raya.
Berikut adalah cara untuk melihat trafik terkini secara live;
- Pergi ke Portal Rasmi LLM di pautan ini: https://www.llm.gov.my/awam/cctv
- Klik pada tab Status Trafik Semasa.
- Kemudian, pilih lebuhraya contohnya
- E1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS UTARA)
- E8 Lebuhraya Pantai Timur (LPT 1)
- CCTV Live view akan dipaparkan bagi setiap kamera melalui lebuhraya yang dipilih.
Maklumat Trafik Terkini PLUS
Pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Twitter @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.
- Twitter Plustrafik = https://twitter.com/plustrafik
- Facebook PLUS Malaysia = PLUS MALAYSIA
- Lembaga Lebuhraya Malaysia di Twitter = @llmtrafik
- Facebook LLM = @Lembaga Lebuhraya Malaysia
Maklumat Trafik Terkini Pantai Timur
Bagi mendapatkan informasi tepat dan terkini, para pengguna disarankan untuk mengikuti saluran rasmi media sosial ANIH Berhad sebagaimana berikut
- Facebook = @Lebuhraya Pantai Timur
- Twitter = @LPTTrafik
- Lembaga Lebuhraya Malaysia di Twitter = @llmtrafik
- Facebook LLM = @Lembaga Lebuhraya Malaysia
Jika berlaku kecemasan, sila hubungi;
- LPT – Line = 1-700-818-700
- LLM =1800-88- 7752.
Soalan Lazim (FAQ)
19 hingga 21 April dan 24 April. (Rabu, Khamis, Jumaat dan Isnin).
Semua 33 tol
Jika anda masuk pada 18 April, dan KELUAR tol pada 19 April, anda masih layak utk menikmati tol percuma. Tol percuma bermula pada 00:01, 19 April.