BTR Isi Rumah 2023: Tarikh & Jumlah Bayaran Fasa 2 Berkeluarga

Ini adalah maklumat penting bagi penerima Bantuan Tunai Rakyat (BTR)  kategori isi rumah berkeluarga yang perlu diketahui.

Dalam pengumuman baru-baru ini yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau mahu supaya pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 diagihkan awal bulan April sebelum sambutan Aidilfitri.

Golongan isi rumah merupakan antara kategori yang akan menerima bayaran BTR Fasa 2 selain daripada kategori bujang, warga emas tiada pasangan dan ibu/bapa tunggal.

Untuk bantuan BTR isi rumah ini, soalan yang sering ditanya adalah berapa jumlah yang diperoleh? Bilakah tarikh pembayaran, bagaimana cara membuat semakan dan sebagainya.

Oleh yang demikian, sila baca maklumat berikut dengan teliti agar faham dan jelas tentang pembayaran bagi Bantuan Tunai Rakyat ini.

Apa itu BTR 2023?

BRT 2023 ialah bantuan komprehensif yang ditambah baik dengan ketara berbanding Bantuan Sara Hidup (BSH) pada 2020 yang memanfaatkan lima juta penerima dengan peruntukan RM5 bilion.

Golongan isi rumah merupakan antara kategori penerima bantuan ini selain daripada kategori bujang, warga emas tiada pasangan dan ibu/bapa tunggal.

Secara umumnya pembayaran BTR akan dilaksanakan 4 kali setahun.

Tarikh Bayaran BTR Isi Rumah Fasa 2

Berdasarkan jadual pembayaran STR 2023, pembayaran Bantuan Rahmah dibuat 4 kali setahun iaitu;

  • Januari – Fasa 1 (Telah dibayar)
  • April – Fasa 2
  • Julai – Fasa 3
  • November – Fasa 4

Dalam sidang Dewan Rakyat pada 14 Mac lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan;

“Saya sudah memberitahu Kementerian Kewangan dan agensi terlibat supaya meringankan mereka (golongan memerlukan) dengan bantuan STR fasa 2 yang harus diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau awal April sebelum raya.”

Oleh yang demikian ini jangkaan tarikh bayaran berdasarkan pengumuman tersebut;

  • Awal April 2023
  • Pertengahan Ramadhan

Namun, beberapa laporan media dan akhbar baru-baru ini memaklumkan fasa kedua pula akan dilaksanakan pada 5 April 2023 (RABU).

Petikan Akhbar Sinar Harian 28 Mac 2023 tarikh bayaran fasa 2 STR

Walaupun begitu, pengumuman rasmi akan dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia selepas ini.

Untuk makluman, beberapa bantuan lain yang akan dibayar pada bulan ini adalah sebagaimana berikut;

Semakan Kelayakan BTR

Bagi memudahkan urusan, semakanelayakan BTR boleh dibuat secara online menggunakan pautan Portal bantuan tunai MySTR

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

  • Tekan log masuk MyBKM
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • Klik Butang Semak
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
  • Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
  • Klik Log Masuk

Sekiranya layak STR fasa 2, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;

  1. Tarikh Kredit
  2. No.Pengenalan Akaun Dikredit
  3. Nama Fasa
  4. Jumlah Dikredit
  5. Status Kredit
  6. Nama Bank
  7. No Akaun
  8. Kod Tidak Berjaya
  9. Tarikh Tunai

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login

Untuk makluman, kata laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.

Sekiranya terlupa password MySTR, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut;

  1. Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022;
    • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya
    • Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan
    • Semak e-mel dan log masuk semula MySTR
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
    • Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu
  2. Tidak mempunyai e-mel /e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah
    • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
    • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.

Untuk makuman, sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan setelah 3 kali percubaan diberikan. Id permohonan akan disekat. 

Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MySTR dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM.

Jumlah Bayaran

Setiap isi rumah akan menerima RM300 untuk fasa 2.

Manakala kategori Bujang BTR akan menerima bayaran RM100 dalam fasa ini

Kaedah Bayaran

Kaedah pembayaran STR fasa 2 kategori isi rumah  adalah sama sebagaimana kategori-kategori lain di mana pembayaran Fasa 2 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat setelah pengumuman rasmi tarikh pembayaran diumumkan.

Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini setelah diumumkan kelak.

Penerima STR yang tiada akaun bank boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) setelah pengumuman rasmi dibuat.

Soalan Lazim

Bilakah Tarikh Bayaran STR Isi Rumah Fasa 2?

Awal April atau 2 minggu sebelum Hari Raya Puasa

Berapa jumlah bayaran kategori isi rumah fasa 2?

RM300

Bagaimana cara semakan kelayakan?

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Bagaimana Cara Pembayaran?

Ada Akaun – di bayar ke akaun masing-masing.
Tiada Akaun – tunai di BSN.

Siapakah yang layak menerima pembayaran Bantuan Rahmah Fasa 2?

Penerima STR yang layak menerima bayaran fasa seterusnya adalah penerima yang berstatus lulus melalui semakan di MySTR.

Scroll to Top