Kemaskini Maklumat Terkini STR 2024: Bantuan Tunai Rahmah

Bagi memastikan penerima sedia ada membuat pengemaskinian maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024), skrin kemaskini maklumat permohonan STR kini dibuka bagi tujuan tersebut.

Penerima bantuan Kerajaan STR  yang ingin membuat kemaskini boleh berbuat demikian mulai 1 November 2023.

Berikut adalah maklumat mengenai kemas kini Bantuan Rahmah 2024.

Tujuan Kemaskini Maklumat STR

Pembukaan skrin kemaskini maklumat Permohonan STR adalah bagi membenarkan penerima sedia ada yang berstatus Lulus untuk membuat kemaskini maklumat asas yang meliputi maklumat berikut;

  1. Maklumat asas pemohon seperti;
    • Nombor telefon bimbit
    • Pekerjaan 
    • Pendapatan Kasar  Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan)
    • Status Perkahwinan
    • Alamat terkini
    • Nama Bank
    • No Akaun Bank
    • Alamat email
  2. Maklumat pasangan
  3. Maklumat anak
  4. Maklumat wakil

Tempoh Kemaskini STR 

Kemaskini STR boleh dibuat secara dalam talian dan secara borang kertas mulai 1 November 2023.

*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

Semakan Status Terkini STR

Sekiranya semakan status dibuat dan didapati permohonan anda tiada rekod di Portal STR, anda boleh membuat permohonan baharu STR 2024.

Tiada rekod perlu buat permohonan baharu 2024

Anda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

  1. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  2. Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
  3. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 iv. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  4. Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)
  5. Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.

Siapa Yang Perlu Kemaskini?

Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:

  1. Permohonan yang tidak dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 kecuali warga emas dan pedalaman Sabah / Sarawak
  2. Penerima STR 2023 yang mempunyai perubahan maklumat.

Penerima STR 2023 yang tiada sebarang perubahan maklumat, tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat

Walaubagaimana pun sekiranya anda tidak membuat kemas kini, permohonan STR anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada sebelum ini.

Kaedah Kemas Kini Maklumat

Kemas kini maklumat Permohonan STR boleh dibuat seperti berikut:

  1. Secara dalam talian di Portal Rasmi STR Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), https://bantuantunai.hasil.gov.my  ; atau
  2. Penghantaran borang kemas kini maklumat Permohonan STR 2024 di LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation centre (UTC) yang berhampiran

Anda digalakkan untuk membuat kemas kini maklumat secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat. 

Cara Kemas Kini Maklumat Melalui Online

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang Log Masuk bagi membuat Kemas Kini Permohonan.
  3. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Jika masih belum mendaftar, sila rujuk panduan pengguna – Daftar MySTR 2024
  4. Klik butang Kemas Kini Permohonan setelah berjaya log masuk MySTR.
  5. Lengkapkan maklumat yang diperlukan
  6. Klik butang Teruskan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap
  7. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang SAHKAN CAPTCHA
  8. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumatyang dipaparkan tepat kemudian Tick butang kotak kecil 
  9. Hantar
  10. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.

Sila rujuk panduan berikut untuk lebih jelas

  • PanduanPenggunaSTR_Kemaskini_V2_page-0001
  • PanduanPenggunaSTR_Kemaskini_V2_page-0002
  • PanduanPenggunaSTR_Kemaskini_V2_page-0003
  • PanduanPenggunaSTR_Kemaskini_V2_page-0004
  • PanduanPenggunaSTR_Kemaskini_V2_page-0005
  • PanduanPenggunaSTR_Kemaskini_V2_page
  • PanduanPenggunaSTR_Kemaskini_V2_page-0007
  • PanduanPenggunaSTR_Kemaskini_V2_page-0008

Borang Kemas Kini Maklumat

Borang kemas kini boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi MySTR;

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Atau boleh didapati di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.

No. MyKad/Mykid tiada rekod. Sila semak semula No. MyKad/MyKid anak

No. MyKad:Mykid tiada rekod. Sila semak semula No. MyKad:MyKid anak

Bagi mereka yang menghadapi masalah my kad atau my kid tiada rekod, sila hadir ke pejabat LHDNM berdekatan dengan membawa surat beranak yang asal dan salinan bagi tujuan update.

Jadual Perkhidmatan Kaunter  Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024) 

Berikut adalah jadual pembukaan kaunter Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation centre (UTC) mulai 01 November 2023.

Lokasi / TalianWaktu Operasi
Pejabat HASiL termasuk Pejabat Satelit (PS) (Semenanjung / Sabah / Sarawak)8.00 pagi – 5.00 petang(Berdasarkan Hari Berkerja di setiap Negeri)
Kaunter Setempat HASiL Pusat Transfomasi Bandar (UTC)(Semenanjung / Sabah / Sarawak)(Berdasarkan Waktu Kaunter Setempat UTC HASiL)
Hasil Care Line(1-800-88-2747)9.00 Pagi – 5.00 Petang(Isnin – Jumaat)
Lokasi Luar Pejabat (Kaunter Luar)Tertakluk kepada Atur Cara Program Jemputan Kaunter Luar

Nota:

  1. Lokaliti / Pejabat Satelit (PS) di Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, waktu operasi Kaunter STR pada hari Khamis adalah sehingga jam 3.30 petang.
  2. Kaunter STR tidak dibuka pada Cuti Hujung Minggu, Cuti Umum dan Cuti Negeri (bagi Negeri yang terlibat) *tertakluk kepada pindaan
  3. Bagi Kaunter STR yang tidak beroperasi pada tarikh di atas, notis pemakluman kepada umum akan dipamerkan di LHDNM / Pejabat Satelit (PS) berkenaan.
  4. Waktu pembukaan Kaunter STR adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Info lanjut dan Pertanyaan

Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang
Hotline STR MoF 03-8882 4565 / 4566(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
Talian Bantuan Khas Kerajaan LHDNM
e-Mel[email protected] 
Alamat Sekretariat STR,Pejabat Belanjawan Negara,Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),Presint 2, 62592 Putrajaya

 Sumber: Portal MySTR

Soalan Lazim (FAQ)

Siapa Yang Perlu Kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah?

1) Permohonan yang tidak dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 kecuali warga emas dan pedalaman Sabah / Sarawak
2) Penerima STR 2023 yang mempunyai perubahan maklumat

Bilakah tempoh kemaskini bantuan rahmah?

Mulai 1 November 2023.

Bagaimana cara kemas kini?

1) Secara dalam talian di Portal Rasmi STR Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), https://bantuantunai.hasil.gov.my  ; atau
2) Penghantaran borang kemas kini maklumat Permohonan STR 2024 di LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation centre (UTC) yang berhampiran

Maklumat saya telah digunakan oleh individu lain bagi tujuan permohonan STR 2024. Apakah yang perlu saya lakukan?

Anda perlu membuat laporan polis dan kemukakan bersama salinan pengenalan
(Pasangan / Anak), sijil perkahwinan / Sijil Kematian / Sijil Perceraian (jika berkaitan) ke Pejabat LHDNM untuk tindakan selanjutnya.

No. MyKad/Mykid anak tiada rekod. Apa yang perlu dilakukan?

Bagi mereka yang menghadapi masalah my kad atau my kid tiada rekod, sila hadir ke pejabat LHDNM berdekatan dengan membawa surat beranak yang asal dan salinan bagi tujuan update.

Scroll to Top