Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) Fasa 3

Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) Fasa 3 Kategori Keluarga, Warga Emas dan Bujang

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 dijangka disalurkan kepada penerima yang layak sebelum Aidiladha ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bayaran itu membabitkan peruntukan melebihi RM2 bilion dan akan memanfaatkan lebih lapan juta penerima.

“Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 yang melebihi RM2 bilion dan bilangan penerima lapan juta itu akan disalurkan sebelum Hari Raya Haji, Insya-Allah.

Dalam usaha mengurangkan beban rakyat, Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.

Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023)?

STR 2023 merupakan program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan yang dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.

Sebelum ini, bantuan ini diberi nama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021), Bantuan Khas Covid19 (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).

Tarikh Pembayaran

Tarikh STR Fasa 3 akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha

Mengikut jadual asal pembayaran STR Fasa 3 akan dibuat pada bulan Julai 2023.

Namun begitu, Perdana Menteri dalam Sidang Dewan Rakyat pada 13 Jun 2023 memaklumkan bahawa bayaran bagi fasa 3 untuk penerima yang layak akan dibuat sebelum hari raya Aidiladha.

Tarikh hari raya Aidiladha dijangka jatuh pada 29 Jun 2023 (Khamis). Oleh yang demikian bayaran mungkin akan dibuat seminggu sebelum itu antara 19-28 Jun 2023.

Semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) Fasa 3

Sekiranya anda ingin mengetahui status kelulusan STR, Semakan status kelulusan STR boleh dibuat melalui 5 kaedah berikut;

  1. Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
  3. Menghubungi LHDM
  4. Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia
  5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Cara Semakan Status STR 2023 Fasa 1

Bagi semakan secara online di portal https://bantuantunai.hasil.gov.my/cara-caranya adalah sebagaimana berikut;

  • Tekan log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) pemohon
  • Masukkan pengesahan kata kunci keselamatan
  • Masukkan kata laluan
  • Klik menu semakan pembayaran fasa 3
  • Klik maklumat pembayaran

Sekiranya layak STR, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;

  1. Tarikh Kredit
  2. No.Pengenalan Akaun Dikredit
  3. Nama Fasa
  4. Jumlah Dikredit
  5. Status Kredit
  6. Nama Bank
  7. No Akaun
  8. Kod Tidak Berjaya
  9. Tarikh Tunai
Semakan Maklumat Bayaran STR Fasa 2
Maklumat semakan fasa 3 akan dikemaskini selepas ini

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login

Untuk makluman, kata laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.

Sekiranya terlupa password MySTR, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut;

  1. Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022;
    • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya
    • Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan
    • Semak e-mel dan log masuk semula MySTR
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
    • Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu
  2. Tidak mempunyai e-mel /e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah
    • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
    • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 Lupa kata laluan

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. 

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi Pejabat LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Jumlah Pembayaran

Jumlah bantuan fasa 3 yang akan diterima adalah berbeza mengikut kategori dan had bilangan anak.

Sekiranya tiada perubahan, bayaran yang akan diterima adalah sebagaimana berikut;

Jumlah Bayaran STR Fasa 3

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM300
  2. Bil anak 1-2 – RM400
  3. Bil anak 3-4 – RM600
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM800

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – Tiada Bayaran
  2. Bil anak 1-2 – RM150
  3. Bil anak 3-4 – RM200
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM250

Warga emas sebatang kara pendapatan bawah RM5,000

  • RM200

Bujang berumur 21-59 tahun

  • RM150

Bujang OKU berumur 19-59 tahun

  • RM150

Untuk makluman bagi kategori bujang, fasa 3 merupakan pembayaran terakhir bagi golongan ini kerana untuk fasa 4 tiada lagi bayaran bagi kategori bujang.

BSN Dah Masuk?

Beberapa pengguna di laman Facebook memaklumkan sudah menerima bayaran bagi bantuan ini walaupun tarikh pembayaran rasmi adalah mulai 5 April 2023.

Sudah pasti yang menerima bayaran awal adalah bagi mereka yang mendaftarkan menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional (BSN).

BSN Dah masuk Kategori Isi Rumah RM200
BSN Dah Masuk BTR Fasa 2 Kategori Bujang

Ini kerana berdasarkan pengalaman penerima STR Fasa 1 sebelum ini, penerima STR yang daftar menggunakan akaun bank BSN akan terima dahulu bantuan kerana BSN adalah bank panel bagi Sumbangan Tunai Rakyat.

Untuk mendapat kepastian bagi penerima BSN, anda boleh membuat semakan online pembayaran melalui portal MyBSN;

https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do

Maybank Dah Masuk?

Walaupun secara rasminya pembayaran STR Fasa 2 bermula 5 April 2023, namun ada beberapa rakan netizen di Facebook memaklumkan sudah menerima bayaran Maybank pada 4 April 2023 iaitu hari Selasa.

Maybank dah masuk Fasa 2 STR kategori keluarga

Untuk makluman, pembayaran melalui pengkreditan ke dalam akaun Maybank dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan ole LHDNM kepada Maybank Bank.

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet Maybank2u  atau Mesin Teler Automatik (ATM) Maybank.

Semakan secara perbankan melalui Maybank Click boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;

https://www.maybank2u.com.my/

CIMB Dah Masuk?

Sama seperti Maybank, kali ini netizen cakap dapat awal untuk CIMB. Di Facebook mereka memaklumkan sudah menerima bayaran CIMB seawal 4 April 2023 lagi iaitu hari Selasa.

Info Facebook CIMB Dah masuk Fasa 2 Zaitasneem

Untuk makluman, pembayaran melalui pengkreditan ke dalam akaun CIMB dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan ole LHDNM kepada CIMB Bank.

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet Cimb Click  atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.

Semakan secara perbankan melalui Cimb Click boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;
https://www.cimbclicks.com.my/

Kenapa  Duit STR Belum Masuk?

Dengan 8.7 juta penerima dan pembayaran berjumlah RM1.26 bilion, sudah pasti ia akan mengambil sedikit masa sebelum dikreditkan ke dalam akaun masing-masing. 

Jadi kalau belum masuk lagi pada pada hari ini, jangan risau kerana bayaran dibuat secara berperingkat. Ini kerana jumlah yang besar dan bilangan penerima yang ramai ini memerlukan sedikit masa pembayaran.

Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing.

Kaedah Pembayaran

Pembayaran STR Fasa 2 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat

Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama setelah diumumkan kelak

Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai tarikh yang sama.

Kenyataan Media Sumbangan Tunai Rahmah

Sumber: Facebook Kementerian Kewangan Malaysia

Soalan Lazim FAQ

Apa itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023?

STR 2023 merupakan program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan yang dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.

Bila STRĀ  Masuk Untuk Fasa 2?

Mulai 5 April 2023 (Rabu)

Berapakah Jumlah Bayaran Bagi Fasa 1 Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023)

Isi rumah – RM200
Warga emas tiada pasangan – RM100
Bujang – RM100

Bagaimana cara semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023)?

https://bantuantunai.hasil.gov.my

Scroll to Top