Kemaskini STR 2024: Update Maklumat Terkini Bantuan Rahmah

Kemaskini maklumat STR 2024 kini dibuka kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah bagi tujuan update bilangan anak, perubahan status perkahwinan, pertukaran nombor akaun bank dan lain-lain lagi.

Penerima bantuan Kerajaan STR yang ingin membuat kemaskini boleh melakukannya bermula dari 1 November 2023.

Di bawah ini adalah maklumat mengenai proses kemaskini Bantuan Rahmah 2024.

Tempoh Kemaskini STR 

Kemaskini STR boleh dibuat secara dalam talian dan secara borang kertas mulai 1 November 2023.

*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

Tujuan Kemaskini Maklumat STR

Pembukaan skrin kemaskini maklumat Permohonan STR adalah bagi membenarkan penerima sedia ada yang berstatus Lulus untuk membuat kemaskini maklumat asas yang meliputi maklumat berikut;

  1. Maklumat asas pemohon seperti;
    • Nombor telefon bimbit
    • Pekerjaan 
    • Pendapatan Kasar  Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan)
    • Status Perkahwinan
    • Alamat terkini
    • Nama Bank
    • No Akaun Bank
    • Alamat email
  2. Maklumat pasangan
  3. Maklumat anak
  4. Maklumat wakil

Semakan Status Terkini STR

Sekiranya semakan status dibuat dan didapati permohonan anda tiada rekod di Portal STR, anda boleh membuat permohonan baharu STR 2024.

Tiada rekod perlu buat permohonan baharu 2024

Anda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

  1. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  2. Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
  3. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
  4. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  5. Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)
  6. Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.

Siapa Yang Perlu Kemaskini?

Pemohon yang perlu membuat kemas kini Permohonan STR 2024

Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:

  1. Permohonan yang tidak dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 kecuali warga emas dan pedalaman Sabah / Sarawak
  2. Penerima STR 2023 yang mempunyai perubahan maklumat.

Yang Tak Perlu Kemas Kini

Pemohon yang tidak perlu kemas kini STR adalah;

  1. Tidak perlu kemaskini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat;
  2. Tidak perlu kemas kini permohonan bagi pemohon kategori Warga Emas dan
    Pedalaman sekiranya tiada perubahan maklumat.
    Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan anda tidak wujud di Portal
    STR, anda perlu membuat permohonan baharu.

Sekiranya anda tidak membuat kemas kini, permohonan STR anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada sebelum ini.

Maklumat penting Kemas kini dan Permohonan baharu STR 2024

Kaedah Kemas Kini Maklumat

Kemas kini maklumat Permohonan STR boleh dibuat seperti berikut:

  1. Secara dalam talian di Portal Rasmi STR Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), https://bantuantunai.hasil.gov.my  ; atau
  2. Penghantaran borang kemas kini maklumat Permohonan STR 2024 di LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation centre (UTC) yang berhampiran

Anda digalakkan untuk membuat kemas kini maklumat secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat. 

Cara Kemas Kini Maklumat Melalui Online

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang Log Masuk bagi membuat Kemas Kini Permohonan.
  3. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Jika masih belum mendaftar, sila rujuk panduan pengguna – Daftar MySTR 2024
  4. Klik butang Kemas Kini Permohonan setelah berjaya log masuk MySTR.
  5. Lengkapkan maklumat yang diperlukan
  6. Klik butang Teruskan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap
  7. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang SAHKAN CAPTCHA
  8. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumatyang dipaparkan tepat kemudian Tick butang kotak kecil 
  9. Hantar
  10. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.

Pemohon yang berjaya membuat kemaskini STR 2024 secara online akan dapat notis seperti berikut;

Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah telah dihantar : dikemas kini

Borang Kemas Kini Maklumat

Borang kemas kini boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi MySTR;

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Atau boleh didapati di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.

No. MyKad/Mykid tiada rekod. Sila semak semula No. MyKad/MyKid anak

Bagi mereka yang menghadapi masalah my kad atau my kid tiada rekod, sila hadir ke pejabat LHDNM berdekatan dengan membawa surat beranak yang asal dan salinan bagi tujuan update.

Jadual Perkhidmatan Kaunter  Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024) 

Berikut adalah jadual pembukaan kaunter Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation centre (UTC) mulai 01 November 2023.

Lokasi / TalianWaktu Operasi
Pejabat HASiL termasuk Pejabat Satelit (PS) (Semenanjung / Sabah / Sarawak)8.00 pagi – 5.00 petang(Berdasarkan Hari Berkerja di setiap Negeri)
Kaunter Setempat HASiL Pusat Transfomasi Bandar (UTC)(Semenanjung / Sabah / Sarawak)(Berdasarkan Waktu Kaunter Setempat UTC HASiL)
Hasil Care Line(1-800-88-2747)9.00 Pagi – 5.00 Petang(Isnin – Jumaat)
Lokasi Luar Pejabat (Kaunter Luar)Tertakluk kepada Atur Cara Program Jemputan Kaunter Luar

Nota:

  1. Lokaliti / Pejabat Satelit (PS) di Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, waktu operasi Kaunter STR pada hari Khamis adalah sehingga jam 3.30 petang.
  2. Kaunter STR tidak dibuka pada Cuti Hujung Minggu, Cuti Umum dan Cuti Negeri (bagi Negeri yang terlibat) *tertakluk kepada pindaan
  3. Bagi Kaunter STR yang tidak beroperasi pada tarikh di atas, notis pemakluman kepada umum akan dipamerkan di LHDNM / Pejabat Satelit (PS) berkenaan.
  4. Waktu pembukaan Kaunter STR adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Jumlah Baharu STR

Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan.

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM1,000
  2. Bil anak 1-2 – RM1,500
  3. Bil anak 3-4 – RM2,000
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM2,500

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – RM500
  2. Bil anak 1-2 – RM750
  3. Bil anak 3-4 – RM1,000
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM1,250

Warga emas sebatang kara pendapatan bawah RM5,000

  • RM600

Bujang berumur 21-59 tahun

  • RM350

Bujang OKU berumur 19-59 tahun

  • RM350
Jumlah Bayaran STR 2024 Mengikut Setiap Kategori
Sumber Portal MySTR

Kadar Tambahan STR – Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Apakah Sumbangan Asas Rahmah?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan kepada penerima STR berstatus miskin tegar mengikut data eKasih yang disalurkan dalam MyKad bagi membeli keperluan barangan makanan asas di kedai runcit terpilih.

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:

Kategori PenerimaKadar Sumbangan
Penerima STR berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKMRM1,200
(RM100 sebulan)
Penerima Isi Rumah STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKMRM300
Penerima Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan STR dan bukan berstatusMiskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKMRM150

Tarikh dan Jadual Pembayaran STR 2024

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan dilaksanakan 4 kali bagi tahun 2024.

  • FASA 1 – Februari 2024*
  • FASA 2-  April 2024*
  • FASA 3 – Ogos 2024*
  • FASA 4 – November 2024*

Menurut Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2024 bulan lalu, tarikh bayaran pertama STR 2024 akan dibuat sebelum Ramadhan atau sekitar bulan Februari 2024.

Ia sebagai persiapan untuk menyambut bulan puasa dan persediaan sesi baharu persekolahan KPM tahun 2024.

Untuk makluman berikut adalah tarikh awal puasa dan sesi baru sekolah 2024;

  • 10 Mac 2024 bagi Sesi persekolahan  Kumpulan A 
  • 11 Mac 2024 bagi Sesi persekolahan  Kumpulan B
  • 12 Mac 2024 Awal Ramadhan (tertakluk kepada pengumuman penyimpan mohor besar raja-raja)

Tarikh bayaran bagi fasa-fasa seterusnya (2, 3 4)  akan dimaklumkan selepas ini.

Jadual Pembayaran STR 2024 Mengikut Fasa

Kaedah Bayaran STR 2024

Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:

A. Kredit ke Akaun Bank

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.

B. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:

1. Tiada maklumat akaun bank

2. Status pengkreditan gagal kredit

Info lanjut dan Pertanyaan

Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang
Hotline STR MoF 03-8882 4565 / 4566
Talian Bantuan Khas Kerajaan LHDNM
e-Mel[email protected] 
Alamat Sekretariat STR,Pejabat Belanjawan Negara,Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),Presint 2, 62592 Putrajaya

Sumber: Portal MySTR

Soalan Lazim (FAQ) Kemaskini STR 2024

Siapa Yang Perlu Kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah?

1) Permohonan yang tidak dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 kecuali warga emas dan pedalaman Sabah / Sarawak
2) Penerima STR 2023 yang mempunyai perubahan maklumat

Bilakah tempoh kemaskini bantuan rahmah?

Mulai 1 November 2023.

Bagaimana cara kemas kini?

1) Secara dalam talian di Portal Rasmi STR Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), https://bantuantunai.hasil.gov.my  ; atau
2) Penghantaran borang kemas kini maklumat Permohonan STR 2024 di LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation centre (UTC) yang berhampiran

Maklumat saya telah digunakan oleh individu lain bagi tujuan permohonan STR 2024. Apakah yang perlu saya lakukan?

Anda perlu membuat laporan polis dan kemukakan bersama salinan pengenalan
(Pasangan / Anak), sijil perkahwinan / Sijil Kematian / Sijil Perceraian (jika berkaitan) ke Pejabat LHDNM untuk tindakan selanjutnya.

No. MyKad/Mykid anak tiada rekod. Apa yang perlu dilakukan?

Bagi mereka yang menghadapi masalah my kad atau my kid tiada rekod, sila hadir ke pejabat LHDNM berdekatan dengan membawa surat beranak yang asal dan salinan bagi tujuan update.

Scroll to Top