Skim Kafalah Mahabbah: Khairat Kematian Zakat Pulau Pinang

Di Pulau Pinang, terdapat Skim Khairat Kematian yang diberi nama Skim Kafalah Mahabbah yang merupakan satu tabung sumbangan ikhlas daripada Zakat Pulau Pinang (ZPP) yang diberikan kepada WARIS PEMBAYAR ZAKAT dan WARIS PENERIMA BANTUAN KEWANGAN BULANAN yang  tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan oleh ZPP.

Melalui skim ini, ia dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga waris Muzakki dan Mustahiq yang meninggal dunia.

Lihat juga;

Apa Itu Skim Kafalah Mahabbah

Apa Itu Skim Kafalah Mahabbah?

Skim Kafalah Mahabbah merupakan skim khairat kematian yang diberikan kepada waris pembayar zakat (Muzakki) dan penerima bantuan bulanan (Mustahiq)  Zakat Negeri Pulau Pinang.

Skim Kafalah Mahabbah telah dilancarkan pada 31 Ogos 2019 oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dr Haji Abdul Rahman Abbas yang membolehkan waris Muzakki dan Mustahiq menerima sumbangan RM1,000.

Ikuti penerangan melalui video di bawah;

Kategori Penerima

Terdapat 2 kategori penerima bagi skim ini iaitu;

  1. Mukazzi
    • Muzakki 1 (Pembayar Zakat Individu)
    • Muzakki 2 (Pembayar Zakat Syarikat Enterprise)
  2. Mustahiq (Penerima Bantuan Kewangan Bulanan)

Syarat Kelayakan

Kategori Muzakki 1 (Pembayar Zakat Individu)

  1. Mempunyai rekod bayaran zakat harta (kecuali zakat fitrah) di Zakat Pulau Pinang.
  2. Tuntutan hanya layak dalam tempoh 12 bulan dari tarikh terakhir zakat dibayar sekiranya berlaku kematian.
  3. Bayaran zakat individu minimum sebanyak RM100.00 selama setahun.
  4. Ahli keluarga sama ada balu, duda, anak, ibu, bapa, ahli keluarga, anak angkat (sah disisi undang-undang) layak memohon.
  5. Mengisi borang permohonan dengan lengkap.

Kategori Muzakki 2 (Pembayar Zakat Syarikat Enterprise)

  1. Terbuka kepada Syarikat Enterprise sahaja.
  2. Mempunyai rekod bayaran zakat perniagaan atas nama syarikat di Zakat Pulau Pinang
  3. Tuntutan hanya layak dalam tempoh 12 bulan dari tarikh terakhir zakat perniagaan dibayar sekiranya berlaku kematian.
  4. Bayaran zakat perniagaan minimum sebanyak RM100.00 selama setahun bagi pemilikan tunggal.
  5. Bagi syarikat perkongsian, bayaran zakat perniagaan minimum adalah sebanyak RM100.00 x jumlah bilangan perkongsian.

Contoh : Syarikat A memiliki 5 rakan kongsi. Jika salah seorang meninggal dunia, waris Allahyarham layak memohon dengan syarat syarikat tersebut membayar zakat perniagaan dengan kadar minimum RM500.00 (RM100.00 x Jumlah Bilangan Perkongsian).

  1. Ahli keluarga sama ada balu, duda, anak, ibu, bapa, ahli keluarga, anak angkat (sah disisi undang-undang) layak memohon.
  2. Mengisi borang permohonan dengan lengkap.

Kategori Mustahiq (Penerima Bantuan Kewangan Bulanan)

  1. Mempunyai rekod dalam daftar senarai penerima BANTUAN KEWANGAN BULANAN Zakat Pulau Pinang.
  2. Waris hanya layak memohon dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kematian.
  3. Ahli keluarga sama ada balu, duda, anak, ibu, bapa, ahli keluarga, anak angkat (sah disisi undang-undang) layak memohon.
  4. Mengisi borang permohonan dengan lengkap.
  5. Mustahiq (penerima zakat bulanan) dan Muzakki (pembayar zakat) yang telah meninggal dunia

Jumlah Bayaran

RM1,000.00

Skim Kafalah Mahabbah Pulau Pinang

Cara Permohonan / Tuntutan

  1. Melalui borang di kaunter perkhidmatan zakat.
  2. Muat turun borang di bawah dan hantarkan kepada mana-mana kaunter zakat berhampiran.

>> Borang Permohonan Skim Kafalah Mahabbah (Sumbangan Khairat Kematian<<

Penghantaran boleh dibuat di mana-mana kaunter Zakat Pulau Pinang di bawah

Bandar Perda (HQ)

ZPP Bandar Perda (HQ)

Butterworth

ZPP Butterworth

Kepala Batas

ZPP Kepala Batas

Georgetown

ZPP Georgetown

Nibong Tebal

ZPP Nibong Tebal

Bayan Baru

ZPP Bayan Baru

Balik Pulau

ZPP Balik Pulau

Ayer Hitam

ZPP Ayer Hitam

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang info lanjut, sila layari;

  1. https://zakatpenang.com/ 
  2. Facebook Zakat Pulau Pinang
  3. Telefon 04-549 8088

Sumber: Zakat Pulau Pinang


Lihat juga 12 Skim Bantuan Khairat Kematian Yang Boleh Dituntut Waris

12 Skim Bantuan Khairat Kematian Yang Boleh Dituntut Waris
Scroll to Top