Tarikh Bayaran i-Citra Bulan Disember 2021

Bayaran i-Citra bagi bulan Disember merupakan bayaran terakhir bagi mereka yang membuat permohonan awal pada Julai yang lalu.  Bayaran pertama bagi mereka yang layak  permohonan ini telah dibuat awal Ogos yang lalu. Manakala bayaran terakhir adalah pada bulan ini (Disember 2021). Bagi mereka yang membuat permohonan awal i-Citra, ini merupakan bayaran kali kelima dan terakhir … Read more

Hanya Bayar RM1 Bersiar-siar Menaiki ERL Hujung Minggu Ini

Berita baik buat Keluarga Malaysia!  Anda berpeluang bersiar-siar dengan perkhidmatan tren Express Rail Link (ERL) pada Sabtu dan Ahad ini (27 dan 28 November) dengan hanya membayar RM1 bagi tiket sehala ke mana-mana stesen ERL. Ia merupakan inisiatif Express Rail Link Sdn Bhd dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui program ‘ERL RM1 … Read more

Penerima GKP Yang Layak Akan Menerima BKM Secara Automatik

Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Khas COVID (BKC) B40 layak dipertimbangkan untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara automatik mengikut syarat kelayakan tanpa perlu membuat permohonan. Menurut Menteri Kewangan, kerajaan akan terus membantu yang memerlukan terutamanya dalam kalangan golongan rentan.  Ini termasuklah  penerima GKP yang layak … Read more

[TERKINI] Bayaran BKC Fasa 2 Dibuat Mulai 25 November 2021

[Terkini] Bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) fasa 2 bagi akan dibuat mulai 25 November 2021 (Khamis) membabitkan peruntukan sejumlah RM300 juta. Dalam satu kenyataan media, Perdana Menteri berkata, dengan peruntukan itu ia akan memberi manfaat kepada 700,000 penerima termasuk isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin. Pun begitu, tidak semua … Read more

Bantuan i-Fitri RM250 hingga RM400 Untuk Rakyat Terengganu 2022

Kerajaan negeri Terengganu  mengumumkan Bantuan i-Fitri buat rakyat Terengganu yang layak pada tahun hadapan. Ia dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melalui Belanjawan 2022 yang bertemakan “Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua” pada 15 November 2021 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Darul Iman. Jumlah Bantuan i-Fitri Bantuan berjumlah RM400 akan diberikan kepada … Read more

Sudah Pertengahan Bulan, Rakyat Masih Menunggu Tarikh Pengumuman Bayaran BKC & GKP Fasa 2

Sudah memasuki pertengahan bulan November, namun tiada lagi khabar berita mengenai pengumuman tarikh bayaran dua bantuan yang diumumkan sebelum ini iaitu Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dan Geran Khas Prihatin (GKP) untuk fasa 2. Dalam pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada Jun yang lalu, kedua-dua bantuan yang diumumkan ini merupakan antara bantuan buat … Read more

Bantuan Kewangan Khas RM1000 Untuk Penjawat Awam Negeri Kedah

Penjawat awam dan anggota pentadbiran negeri kedah akan menerima RM1,000 melalui bantuan kewangan khas sebagai menghargai amanah dan tanggungjawab yang ditunaikan walaupun dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan(PKP). Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, ketika membentangkan Bajet Kedah 2022 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman pada … Read more

Program Kasih Suri Keluarga Malaysia Bermula Januari 2022

Menerusi Bajet 2022, sebanyak RM80 juta telah diperuntukkan Kerajaan untuk melaksanakan Program Kasih Suri Keluarga Malaysia bermula Januari 2022. PERKESO komited untuk melaksanakan inisiatif ini dan menyokong penuh keprihatinan Kerajaan untuk melindungi nasib dan memperkasakan golongan wanita di negara ini khususnya golongan suri rumah. Apa itu Program Kasih Suri Keluarga Malaysia? Program ini merupakan perlindungan … Read more

Bajet 2022: Penjawat awam terima bantuan khas kewangan RM700, pesara RM350

Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700 manakala RM350 kepada sejuta pesara. Bantuan khas kewangan ini diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz dalam pembentangan Bajet 2022 yang berlangsung di Dewan Rakyat hari ini. Tengku Zafrul Tengku berkata, bantuan khas itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak … Read more

Bantuan Peranti Siswa Keluarga Malaysia Untuk Pelajar B40

Kerajaan akan melaksanakan Peranti Siswa Keluarga Malaysia sediakan tablet untuk semua pelajar B40 dengan kerjasama syarikat telekomunikasi babitkan perbelanjaan RM450 juta. Ia dibentangkan oleh Menteri Kewangan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, pada 29 Oktober 2021 (Jumaat) dalam sidang dewan rakyat. Bajet 2022 kali ini memfokuskan kepada 3 fokus induk iaitu … Read more